Top Ad unit 728 × 90

MODEL UKHWAH


GAMBAR HIASAN



MODEL UKHWAH

Model UKHWAH menekankan konsep mentauhidkan Allah SWT, mendahulukan Allah dan mengutamakan Allah dalam segala urusan. Satu modul membina keyakinan bahawa rezeki adalah urusan Allah dan Allah lah yang akan menentukan kejayaan seseorang itu jika mereka mengutamakan Allah dalam segala hal dalam kehidupan.

Selain itu, seorang peniaga yang ingin berjaya perlu sentiasa mempunyai kekuatan daripada segi semangat, mental, fizikal dan spiritual (rohaniah). Sebagai seorang manusia, ada masa-masanya kita berada dalam keadaan lemah dan tidak bersemangat kerana berdepan dengan cabaran, masalah, dugaan dan kesulitan.

Sebagai seorang peniaga, kita tidak harus membiarkan keadaan itu berterusan kerana ia boleh menyebabkan kita gagal dalam bidang perniagaan, sebaliknya kita perlu menangani masalah itu dengan sentiasa motivate diri kita untuk mengembalikan kekuatan kita bagi membina semula keyakinan diri untuk bangkit dan meneruskan semula usaha.

Bagi membina semula kekuatan itu kita perlu memberi motivasi kepada diri kita melalui lima kaedah.

   1.     Kaedah agama (banyakkan ibadat/berdoa/membaca al-Quran)
   2.     Menghadiri kursus motivasi
   3.     Membaca (baca bahan-bahan bacaan yang boleh membangkitkan kembali semangat)
   4.     Mencontohi pengalaman orang lain yang telah berjaya.
   5.     Tazkirah agama

MODEL UKHWAH

Sehubungan itu, kami menubuhkan Institut Usahawan Islam (IUI) bagi membantu melahirkan usahawan yang berjiwa Islam yang mentauhidkan Allah, dan mempunyai pengetahuan, kemampuan, semangat, kepakaran dan kemahuan bukan sahaja untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya tetapi menyahut jihad ekonomi untuk membangunkan ekonomi umat Islam dan seterusnya menggunakan kekayaan dan rezeki yang Allah kurniakan untuk menyumbang semula kepada jalan Allah dan mengembangkan syariat Islam.

Kami di IUI menggunakan modul Ukhwah sebagai model perniagaan yang mahu dipupuk dalam kalangan usahawan Islam dengan mengambil sunnah Rasulullah sebagai model perniagaan dan menggarapkan pengalaman-pengalaman para sahabat dalam bidang perniagaan untuk dijadikan pedoman dan panduan dalam mengendalikan perniagaan.

APAKAH MODEL UKHWAH

Model Ukhwah mengambil dan mengamalkan cara-cara, prinsip-prinsip dan strategi-strategi yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menjalankan perniagaannya termasuk dari segi akidah dan syariat serta sifat tunduk dan bersyukur kepada Allah SWT sebagai Khaliq dan pemberi rezeki demi mengejar perniagaan yang menguntungkan di akhirat kelak.

Kesimpulannya ialah menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai modul untuk menjalankan perniagaan demi mengejar keredhaan Allah SWT. 

Perniagaan dalam Islam bukan sahaja satu kerjaya bagi mengejar kejayaan dan membina kekayaan tetapi juga satu ibadah fardhu kifayah yang dituntut serta membina hubungan persaudaraan dan ukhwah dengan masyarakat (pengguna) dan melahirkan kesyukuran dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Rasulullah telah mula belajar berniaga ketika berusia 12 tahun dan telah memiliki syarikat sendiri ketika berusia 17 tahun dan menjadi jutawan pada usia 25 tahun.

Pengajaran daripada peristiwa itu ialah masyarakat Islam sepatutnya mendedahkan anak-anak dengan dunia perniagaan dengan memberi pendedahan tentang ilmu perniagaan kepada anak-anak ketika mereka masih lagi kecil semoga mereka dapat membina kerjaya dalam bidang perniagaan setelah dewasa dan berjaya dalam bidang perniagaan ketika masih muda.

PENGALAMAN perniagaan yang dijalankan oleh Rasulullah mengandungi rahsia yang cukup besar untuk dikaji dan dijadikan sebagai model perniagaan bagi mereka yang mengetahui termasuk keuntungan dalam bidang ternakan, konsep-konsep perniagaan yang digunakan oleh Nabi termasuk memperkenalkan perniagaan pengangkutan dan konsep perniagaan supermarket dan usahasama (joint-venture) dan membuka pusat perdagangan.
Model Ukhwah turut mengambil pengalaman dan kejayaan daripada sahabat-sahabat Rasulullah dan usahawan-usahawan Islam lain dalam bidang perniagaan untuk dijadikan modul sebagai pedoman kepada usahawan-usahawan Islam.

Begitu juga dengan sahabat-sahabat Rasulullah SAW seperti Abu Bakar as-Siddiq, Othman bin Affan dan Khadijah r.a., isteri Rasulullah yang berjaya dalam perniagaan. Mereka menjadikan ajaran Islam sebagai pedoman dalam menjalankan perniagaan merek dan terbukti membawa kejayaan.
Modul Ukhwah berpegang kepada Sembilan (9) konsep seperti di bawah:

KONSEP

       1.     MENTAUHIDKAN ALLAH
       2.     CINTAKAN RASULULLAH
       3.     TAUBAT
       4.     YAKIN REZEKI DARIPADA ALLAH
       5.     CINTAKAN MASJID
       6.     UTAMAKAN SOLAT
       7.     SOLAT TENGAH MALAM
       8.     CINTAKAN AL-QURAN

9.            INFAQ DAN BERSEDEKAH DI JALAN ALLAH 
MODEL UKHWAH Reviewed by IUI on 9:10 PM Rating: 5
All Rights Reserved by IUI © 2014 - 2015
Developed by Uchiha Hakimi

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.