Top Ad unit 728 × 90

Mengenai Kami

INSTITUT USAHAWAN ISLAM (IUI)


Assalamualaikum wm.wh.


PENDAHULUAN

Institut Usahawan Islam (IUI) ditubuhkan oleh syarikat GMC Services Sdn Bhd.

Institut ini dibuka bagi menyediakan perkhidmatan perundingan dan pendidikan serta latihan dan kursus keusahawanan untuk golongan usahawan Islam dan mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan, perdagangan dan perindustrian.



    

MATLAMAT

Matlamat kami menubuhkan IUI adalah untuk berusaha melahirkan barisan usahawan Islam yang berjiwa besar, bertakwa dan berpengetahuan luas dalam bidang perniagaan.

Kami di IUI menjadikan sunnah Nabi SAW sebagai model perniagaan, bukan sahaja untuk menjadikan perniagaan sebagai satu kerjaya tetapi juga bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah demi memenuhi keperluan umat Islam.

Kami membina satu model perniagaan berdasarkan sunnah Rasulullah SAW yang kami panggil Model Ukhwah bagi melahirkan barisan ushawan yang berjiwa Islam dan berjiwa besar untuk membangunkan ekonomi Islam serta menyumbang kembali kepada kemajuan Islam demi mengejar keridhaan Allah SWT.



FALSAFAH KAMI

Melahirkan barisan usahawan Islam yang waraq dan berjiwa besar mengikut sunnah Nabi dengan menjadikan perniagaan sebagai satu kerjaya bagi mengangkat ekonomi umat Islam dan menyumbang kepada kemajuan syiar Islam.



MOTO

Moto kami adalah Ukhwah dan persaudaraan Islam dalam perniagaan.



MENGAJAK

Kami mengajak seluruh umat Islam menyokong usaha kami dan bersama kami menjayakan perjuangan ini.

Kami mengajak saudara-saudara Islam kami untuk bersama-sama kami menjayakan usaha ini dengan menyertai program-program anjuran kami.

Kami memohon semoga Allah SWT memberkati  usaha kita ini dan memberi balasan dan ganjaran yang besar kepada kita di akhirat kelak.

Aamiin



INSTITUT USAHAWAN ISLAM

Institut Usahawan Islam (IUI) merupakan sebuah institut swasta yang menyediakan kursus dan latihan keusahawanan berasaskan Islam dengan memperkenalkan UKHWAH sebagai modul dalam menjalankan kegiatan perniagaan, perdagangan dan perindustrian.

Matlamat kami ialah melahirlkan usahawan Islam yang berjiwa Islam dan menerapkan sunnah Rasulullah sebagai garis panduan dalam menjalankan kegiatan perniagaan, perdagangan dan perindustrian.

Kami menetapkan sasaran untuk melahirkan 1,000 usahawan Islam setiap tahun; usahawan yang berkualiti dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan tentang selok-belok perniagaan dan berjiwa Islam serta berjiwa besar.

Di IUI, kami mendidik pelatih-pelatih supaya mereka bersedia dan mampu menjadikan perniagaan sebagai satu kerjaya dan terbimbing dengan syariat Islam dalam menjalankan perniagaan yang diceburi.

Di IUI juga kami akan membimbing pelatih-pelatih sehingga mereka mampu membuka perniagaan sendiri selepas menamatkan kursus dan latihan bersama kami.

Selain kursus ASAS PERNIAGAAN ISLAM yang merupakan kursus utama kami, IUI juga menyediakan kursus-kursus pengkhususan mengenai perniagaan bagi melengkapkan dan memperkuatkan lagi usahawan-usahawan Islam dalam bidang perniagaan, perdagangan dan perindustrian.
IUI juga menjalankan kursus tambahan berkaitan keusahawanan, perniagaan dan kepimpinan serta motivasi dalam perniagaan.

Dalam menjalankan kursus perniagaan kami mendokong konsep Islam dalam semua kursus anjuran kami.

Kursus-kursus anjuran IUI adalah terbuka kepada semua penduduk Islam terutama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan (STP), mahasiswa, penganggur dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan ingin menceburi bidang perniagaan serta bercita-cita untuk membuka syarikat perniagaan sendiri.

Mereka yang berminat untuk menyertai kursus di IUI boleh menghubungi kami melalui talian 03- 42885019.      
Mengenai Kami Reviewed by kimy on 12:26 AM Rating: 5
All Rights Reserved by IUI © 2014 - 2015
Developed by Uchiha Hakimi

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.